LAMAN UTAMA

30 Mac 2010


PANITIA PENDIDIKAN SEJARAH
Pendidikan Sejarah bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia, melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanahair dan sejarah negara luar. Usaha ini bertujuan mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia. Pendidikan Sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap Sejarah sebagai rangka kesedaran dan persefahaman antarabangsa.

Sejarah juga merupakan satu mata Pelajaran yang dapat merangsang pemikiran. Ia membolehkan pelajar dapat melihat secara empati dan menganalisis bagaimana manusia menggunakan masa, ruang, perubahan dan kesinambungan. Pemahaman Sejarah dalam konteks pengajaran pembelajaran bermaksud pemahaman secara kritis dan imaginative tentang segala aspek kehidupan manusia silam dan kini. Untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah, pembelajaran dan pengajaran Sejarah pada masa kini bukan sahaja terikat denga kaedah’ chalk and talk’ malah boleh dikembangkan dengan kaedah penggunaaan ICT serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah. Aktiviti yang dijalankan termasuklah mengadakan Bulan Patriotisme di peringkat sekolah.

KEPENTINGAN PENDIDIKAN SEJARAH
Seringkali wujud tanggapan bahawa sejarah tidak ada apa-apa kegunaan dalam kehidupan manusia. Ia dianggap tidak boleh digunakan secara praktikal dalam kehidupan seharian dibandingkan dengan disiplin-disiplin ilmu yang lain seperti sains, teknologi, perakaunan dan sebagainya.

Menurut Rogers (1987), tiada sesiapa pun yang boleh terlepas daripada masa lampau. Beliau menjelaskan bahawa sejarah memberi pemahaman dengan mendalam mengenai pengalaman dan peristiwa lalu yang berkesinambungan dengan masa kini.

Prof. Wang Gangwu (1964) menyatakan secara jelas kepentingan pendidikan sejarah dengan menyatakan pengajaran sejarah adalah bidang penting untuk generasi muda dan bangsa moden di dunia ini.

Secara ringkas, sejarah mempunyai kepentingan-kepentingan berikut :
* Sejarah memberi pengajaran
* Pendidikan sejarah memberikan kefahaman mengenai masa kini
* Sejarah meningkatkan intelektual
* Sejarah dapat membentuk sikap manusia
* Sejarah untuk pembinaan bangsa
* Sejarah sebagai alat propaganda
* Sejarah bagi pendidikan agama
* Sejarah bagi memahami perkembangan ilmu pengetahuan yang lain
* Sejarah bagi meningkatkan kesedaran hak asasi manusia.
* Sejarah dapat dijadikan teladan dan mengenali jati diri
* Sejarah dapat Mengenali tokoh yang melakar sejarah tanah air
* Sejarah menyemai semangat sayangkan negara dan bahan sejarah
* Sejarah adalah satu peristiwa yang mungkin akan berulang
* Sejarah bagi mengenal asal usul,hak masing-masing, dan peranan kita


CARTA ORGANISASI
PANITIA SEJARAH


klik gambar

Academic,  Learning & Educational Blogs - BlogCatalog Blog DirectoryAdd to Technorati Favorites